7 Punca Naik Jerawat & Cara Merawatnya

Masalah jerawat ni bukan saja isu remaja, malah orang dewasa juga sering mengalaminya, tak kira usia.

Ibarat mimpi ngeri apabila bangun saja dari tidur tiba-tiba ada seketul jerawat tumbuh dengan riangnya atas kulit muka kita ni. Terus rasa nak menjerit depan cermin tu kan. Urghh bencinya!!

Apa sebenarnya punca yang menyebabkan jerawat tumbuh?

Sebelum kita mengetahui tentang punca jom kita kenali dulu jenis jerawat yang ada pada muka.

5 JENIS JERAWAT YANG PERLU UOLLS TAHU

1. PAPULES

Sejenis jerawat radang dan ia kelihatan seperti benjolan kecil dan lembut berwarna merah pada kulit.

Jika uolls memicit jerawat papule ini akan menyebabkan luka dan meninggalkan parut jerawat.

2. PUSTULES

Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang bersama dengan pusat putih atau kuning (bernanah).  

Pustules dipenuhi dengan nanah dan jika uolls mencuilnya akan menyebabkan luka parut yang dalam.

3. WHITEHEAD

Whitehead akan terjadi bila liang-liang pori muka tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati.

Jerawat ni yang dipanggil jerawat nasi. Whitehead ni perlu dipicit, jika tidak ia akan bertukar jadi blackhead.

4. BLACKHEAD

Blackhead pula lebih kurang macam whitehead dan susah untuk dikeluarkan dari kulit muka. Ianya terjadi apabila whitehead tidak dibersihkan maka terhasil lah blackhead.

5. NODULES

Ia adalah sejenis jerawat kronik jika tidak dirawat daripada awal. Nodules terdiri daripada benjolan yang keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. 

Ia juga sangat menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk hilang.  Jerawat jenis ini lah yang akan menyebabkan kulit berlubang. 

Walaupun ia sudah kecut, jika tidak dirawat dengan betul nodule ini boleh muncul semula.

Sekarang kita tengok pula punca-punca macam mana boleh kerap naik jerawat dan cara untuk merawat jerawat tersebut.

KETAHUI 7 PUNCA NAIK JERAWAT

1. Terlampau stress

Perasan tak kalau uolls stress mesti jerawat akan naik mencanak? Kalau uolls nak tahu bila berada dalam keadaan stress, adneralin dan hormon androgen dalam badan kita akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca terhasilnya pertumbuhan jerawat.

2. Alat solek tidak dibersihkan

Uolls gemar bersolek? Tapi pastikan ye alat solek seperti berus mekap/sponge uolls dalam keadaan yang bersih. Jagalah kebersihan berus mekap/sponge supaya bakteria tidak terperangkap dan melekat pada berus serta akan mengakibatkan jerawat naik.

3. Debu/kotoran pada telefon bimbit

Apa kena mengenanya telefon dan jerawat? Bila uolls lekapkan telefon bimbit terlalu lama ke telinga sekaligus ia akan terkena pada pipi kita kan.

Cuba uolls tengok pada screen telefon bimbit uolls, kesan minyak pada pipi tadi melekat pada screen pula. Uolls boleh je bersihkan dulu screen telefon bimbit sebelum lekapkan ke pipi supaya debu/kotoran pada screen tak melekat pula pada pipi.

4. Cuci muka sebelum cuci rambut

Biasanya bila uolls mandi, uolls akan cuci muka dulu. Jangan amalkan rutin macam tu. Sebabnya, masa kita mencuci rambut, minyak yang datang dari kulit kepala akan turun ke muka selepas siram dengan air. Itu yang akan menyebabkan jerawat naik pada muka pula. So sebaiknya, cuci muka selepas mencuci rambut ye.

5. Tuala lap muka tak bersih

Sepatutnya uolls perlu ada tuala khas untuk lap muka tau. Sebab bila uolls gunakan tuala mandi sebagai tuala untuk lap muka, tak dijamin kebersihannya. So asingkan tuala untuk lap muka ye dan keraplah basuh tuala tersebut supaya sentiasa bersih.

6. Kerap memicit jerawat

Tabiat memicit jerawat ni sangat tak elok terutamanya bila uolls picit jerawat menggunakan jari dan kuku yang kotor. Itu akan meninggalkan parut jerawat tau. Sebaiknya jika masih nak picit jerawat, gunalah lap atau tisu sebagai alas pada jari. Jangan direct guna jari tau.. BIG NO!

7. Rutin jaga muka tak konsisten

Uolls beriya-iya beli set skincare itulah inilah, kerap bertukar-tukar pula tu, macam mana nak dapatkan result yang terbaik.

Seeloknya bila uolls dah gunakan sesuatu set skincare tu, gunakanya secara konsisten mengikut cara penggunaan yang dicadangkan. Barulah kulit sihat seperti yang dimahukan.

Jadi apa yang perlu dilakukan sewaktu jerawat tumbuh pada muka? So kat sini ada cara untuk merawat jerawat kalau jerawat tumbuh dekat muka.

CARA MERAWAT JERAWAT

1) Pakai krim/gel anti jerawat
2) Jangan picit jerawat
3) Cuci muka dengan bersih
4) Jangan kerap sentuh kulit muka dengan tangan
5) Pilih produk kecantikan yang berkualiti tinggi
6) Gunakan pelembab kulit
7) Pergi ke klinik dermatologi
8) Kerap minum air kosong
9) Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
10) Gunakan skin care yang sesuai dengan kulit muka anda 

Share This Post

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Related article